Assalamu'alaikum ... siapa pernah dengar tentang Ratu Syahadah ? kalau ada yang belum pernah dengar atau pernah dengar tapi tak tau pasal apa , haa .. saya nak ceritakan secara ringkas siapa Ratu Syahadah ni ...
Once upon a time ...
Siapa yang tak kenal Fir'aun yang telah mengaku diri dia tu tuhan ..? dia antara penguasa yang paling berkuasa dibumi ni suatu masa dahulu . Dan "Asiah binti Mahazim" yang digelar Ratu Syahadah merupakan isteri kepada Fir'aun . Nak dipendekkan cerita , waktu semua bayi yang baru lahir dari kalangan bani Israel wajib dibunuh atas perintah Fir'aun , Asiah telah menjumpai seorang bayi yang dihanyutkan . Allah mencampakkan rasa kasih ke dalam hati Asiah untuk memelihara bayi itu sehingga besar . Lalu anak itu dilantik oleh Allah menjadi seorang nabi dan Rasul . Dialah nabi Musa a.s. yang membawa ajaran Allah dan kitab Taurat . Asiah merupakan salah seorang pengikut nabi Musa . Dan apabila rahsia Asiah terbongkar , Fir'aun cuba memujuk dengan cara lembut , namun Asiah tetap berpegang dengan keimananya . Lalu Fir'aun menyeksa Asiah dengan berbagai cara . Betapa hebat wanita yang bergelar Ratu Syahadah ini sehingga doanya terakam di dalam al-Quran .
Kenapa Ratu Syahadah ?
Beliau digelar sebegitu kerana beliau merupakan seorang ratu yang sanggup meninggalkan segala harta dunia yang dimiliki hanya untuk mempertahankan syahadah yang telah diikrarkan . Bayangkan , dia seorang ratu Fir'aun . apa sahaja yang diminta pasti akan tertunai . Namun , dia mengetahui bahawa tiada nikmat dunia yang dapat menandingi nikmat di syurga .
Silakan hayati lirik berikut ... Semoga kita mendapat pengajaran dan mencontohi semangat yang diperlihatkan oleh Asiah .
RATU SYAHADAH BY INTEAM
Engkaulah permaisuri di mahligai tirani ,
Teguh imanmu walau tersembunyi ,
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri ,
Namun cintamu untuk Ilahi ,
Engkau masih isteri yang sejati ,
Ketika suami dimurka Allah ,
Istana bukan penjara nikmat yang alpa ,
Sinar imanmu tak kelam permata ,
Kau miliki jiwa hamba ,
Walau disisimu singgahsana ,
Sejarah Asiah telah membuktikan ,
Iman bukanlah penjara dijiwa ,
Yang selamanya bersembunyi ,
Tapi kemerdekaaan yang hakiki ,
Yang punya wajah dan jua rupa ,
Akhirnya imanmu bersuara ,
Lantas kau dipenjara dan diseksa ,
Oleh suamimu yang dihina ,
Di kejauhan istana keangkuhan ,
Menggamit mata sayunya dijiwa ,
Namun hatimu tak sudi ke sana ,
Iman dan aqidah lebih utama ,
Ratu Syahadah lalu bermadah ,
Oh Tuhan binakan istana untukku ,
Walaupun di dunia ku diseksa ,
Namun tak terbayar nikmat di syurga ,
Oh Asiah kau merubah rencana ,
Bila tanganmu menyentuh bayi ,
yang hanyut menongkah arus Sungai Nil ,
lembutmu mematahkan keangkuhannya ,
Fir'aun merancang kau menghalangnya ,
Musa terbuang jadi terbilang ,
Ya Allah ......,
Ya Allah .......